BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA
Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh
diamalkan seperti berikut;
i. Al-Muawwizat
ii. Ayatul Kursi
iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv. Ayat Berkubu
v. Ayat Penggerak
1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUN G)
BACAAN
Al-Muawwizat iaitu;
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Naas
CARA
i. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
ii. Mengangkat dua tangan seperti berdoa
iii Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca
Surah Al-Fatihah)
iv.Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
v. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan
keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
vi. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari
2.0 AYATUL KURSI
CARA
i. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
ii. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca
ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan
niat melindung diri.
iii. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi
sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf
kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.
3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN
CARA
i. Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda
ii. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah
kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca
surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil
berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca
kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang
mula-mula. Jumlahnya 4 kali.
iii.Akhir sekali baca kombinasi ini sambil
mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.
4.0 AYAT BERKUBU
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu
dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad
RasululLah.
1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian
tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat
ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke
kiri.
3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara 4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah
sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis
nafas
5.0 AYAT PENGGERAK
Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga
dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.
1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya,
atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan
yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan
yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat
ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan
lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.
makasih ngan info ni
ReplyDeleteSama sama kita kongsikan manafaatnya...
ReplyDeletesalam:)
ReplyDeleteAyat Penggerak tu kena faham betul2 sebb takut silap caranya terkena "musibah" kat kita.
salam sha
ReplyDeleteBetul Sha...TQ.sebab itu di minta hafal lancar baru teruskan...